Sinovav berkesan 58.5 peratus

SINOVAC, vaksin Covid-19 didapati berkesan 58.5 peratus untuk mencegah jangkitan simptomatik dalam kalangan jutaan rakyat Chile yang menerimanya.

Dapatan itu hasil kajian yang dibuat dalam tempoh Februari hingga Julai dan

disahkan pihak berkuasa kesihatan Chile dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa, 3 Ogos.

Kajian juga menunjukkan CoronaVac berkesan 86 peratus dalam mencegah kemasukan ke hospital.

Vaksin tersebut turut 89.7 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 86 peratus berkesan dalam mencegah kematian dalam populasi.

Pada April, kajian sama mendapati bahawa vaksin Sinovac berkesan 67 peratus dalam mencegah penyakit simptomatik.

Related posts

Leave a Comment