96 kes baharu di China

BEIJING: China merekodkan 96 kes baharu Covid-19 hari ini iaitu  jumlah paling tinggi dicatatkan sejak Januari ketika beberapa bandar mengetatkan lagi sekatan.

Sebanyak 71 daripada kes baharu itu merupakan jangkitan tempatan dan  jumlah kes terus meningkat sepanjang lima hari berturut-turut sejak 30 Julai.

Virus varian Delta yang mudah berjangkit juga dikesan di puluhan bandar China sejak lewat bulan lalu termasuk ibu kota Beijing, Wuhan dan Chongqing.

Pemerintah juga melaksanakan sekatan di Hunan dengan semua penduduk dan pelancong dilarang meninggalkan wilayah itu.

Ujian besar-besaran Covid-19 juga dijalankan di wilayah tersebut.

Related posts

Leave a Comment