GPS kekal sokong PN

KUCHING 4 Ogos – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin, kata Setiausaha Agungnya, Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sokongan itu bagi memastikan semua program untuk kesejahteraan rakyat yang dirancang kerajaan ketika ini dapat dilaksanakan sehingga mencapai matlamatnya.

Menurutnya, Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini sedang dilaksanakan dan GPS berpendirian bahawa tumpuan harus diberikan sepenuhnya untuk menjayakannya demi rakyat.

Katanya, PPN dirangka dengan teliti untuk kesejahteraan rakyat ketika negara sedang berdepan cabaran amat hebat akibat pandemik Covid-19 sekarang.

Justeru, GPS mahu PPN itu dilaksanakan dengan lancar

Nanta berkata, selain tumpuan kepada PPN, sokongan GPS kepada PN juga akan memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan tanpa gangguan.

Menurut lagi, selepas hampir dua tahun negara dilanda pandemik kerajaan PN terus berusaha untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk sejak tahun lalu.

Related posts

Leave a Comment