45 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 45 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 29,676 daripada 2,540,724 kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 12 daripada 45 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik.

Sementara itu, terdapat 65,417 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 51,030 individu atau 78 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,067 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,796 kes dirawat di hospital dan 524 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 259 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 265 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment