Kes harian Filipina 8,167

MANILA 2 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,167 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,605,762 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, 77 lagi meninggal dunia yang dikaitkan dengan pandemik koronavirus ini yang membawa kepada 28,093 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,515,054 orang selepas 9,095 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala 62,615 lagi adalah kes aktif.

Sementara itu setakat pukul 6 petang semalam, sebanyak 20,863,544 dos vaksin telah pun diberikan di mana 11,747,581 melibatkan dos pertama dan 9,115,963 lengkap vaksinasi.

Secara purata sebanyak 523,018 dos diberikan setiap hari.

Related posts

Leave a Comment