111 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Ogos – Singapura melaporkan 106 kes tempatan baharu Covid-19 dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,213 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), bagi kes tempatan, 65 jangkitan berkait kes sebelum ini dan dikuaranti dan 25 kes tanpa hubung kait dengan kes terdahulu.

Sebanyak 16 kes berhubung kait dengan kes terdahulu dan dikesan melalui ujian pengawasan.

Tujuh warga tua berusia 70 tahun keatas yang dijangkiti belum divaksinasi sama sekali atau sudah menerima satu dos suntikan dan keadaan mereka berisiko menjadi serius.

Sementara itu lima kes import diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura.

Tiga jangkitan import itu dikesan sewaktu ketibaan manakala lagi dua dikesan semasa menjalani tempoh SHN atau pengasingan.

Semalam, MoH melaporkan, sebanyak 590 kes dimasukkan ke hospital, dengan kebanyakannya sedang beransur pulih dan terus dipantau.

Terdapat 35 kes serius yang memerlukan sokongan oksigen dan lapan kes dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Empat daripada 43 kes tersebut sudah divaksin sepenuhnya dan dalam kalangan kes berkenaan, tiga memerlukan sokongan oksigen manakala satu dirawat di ICU kerana mempunyai masalah perubatan yang lain.

Sebanyak 29 kes berusia lebih 60 tahun, dengan 26 daripada mereka belum divaksin langsung atau belum lengkap divaksin, kini sedang sakit teruk.

Related posts

Leave a Comment