Trend penurunan kes di Indonesia

JAKARTA 1 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan trend penurunan sejak bberapa hari lalu dengan jumlah kes harian terkini yang direkodkan sebanyak 30,738 berbanding 37,284 semalam. Untuk rekod, Indonesia pada 28 Julai mencatatkan 47,791 dan hari berikutnya 43,479, dan kemudian 41,168 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 3.440.396. Bagi kes kematian pula, terdapat 1.604 pesakit meninggal dunia dan kumulatifnya mencapai 95.723 kasus (2,8%). Jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan jumlah kes 39.446 menjadikan jumlah keseluruhan 2.809.538.. Sementara itu, penerima vaksin pertama terus bertambah dan hari ini sebanyak…

Read More

Varian Delta di Parlimen?

PUTRAJAYA 1 Ogos – Empat sampel RT PCR kes positif Covid-19 hasil daripada saringan yg dijalankan di Parlimen menunjukkan terdapat unsur berkaitan varian Delta atau varian Kappa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham menjelaskan keputusan itu dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang menerima empat sampel daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh. Hasil daripada PCR Genotyping Assay, kesemua 4 sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenal pasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa. “Namun berdasarkan VOC (varian yang membimbangkan) yang sedang menular di dalam…

Read More

Saudi catat 1,084 kes

RIYADH 1 Ogos – Arab Saudi merekodkan 1,084 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian 12 orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi kini 526,814 dengan jumlah kematian pula 8,249 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,285 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih 507,374. Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 235 diikuti Makkah 207, Timur 154, dan  Al Qassim 107  Terdapat 11,191 kes aktif dilaporkan dan 1,403 dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes baharu kekal lepasi 17,000

PUTRAJAYA 1 Ogos – Kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 17,150 kes sekaligus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,130,422 sejak pandemik bermula di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat hanya satu kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 195,273 kes. Daripada 17,150 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada…

Read More

Cadang tangguh Parlimen dua minggu

PUTRAJAYA 1 Ogos – Hasil penilaian risiko yang dilakukan selepas mengambil kira faktor epidemiologi serta persekitaran, mendapati sidang Parlimen adalah perhimpunan berisiko tinggi untuk penularan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata justeru bagi mencegah jangkitan Covid-19 daripada merebak di Parlimen, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu. Beliau berkata, penangguhan itu meliputi pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang membabitkan individu berada di bangunan berkenaan pada 26 hingga 29 Julai lalu. Dalam satu kenyataan, beliau…

Read More

121 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 1 Ogos – Singapura melaporkan 121 kes baharu yang melibatkan 113 kes tempatan dan lapan kes import menjadikan jumlah keseluruhan 65,102 kes. Menurut Kementerian Kesihatan,, sebanyak 38 jangkitan tempatan tiada hubung kait dengan kes-kes terdahulu. Sebanyak 70 jangkitan yang berhubung kait dengan kes sebelumnya telah dikuarantin, manakala lima kes yang ada hubung kait dikesan menerusi ujian pengawasan. Dalam kalangan kes baharu itu, tujuh yang berusia lebih 70 tahun tidak divaksinasi atau baru menerima suntikan dos pertama, dan berisiko menghidap penyakit serius, Sementara itu bagi kes import, semuanya dikenakan Notis Jangan…

Read More

Perlis tunjuk peningkatan kes harian

PUTRAJAYA 1 Ogos – Lima negeri mengekalkan angka harian empat digit kes Covid-19 didahului Selangor 6,326 (semalam 6,400) , Kuala Lumpur 2,086 (1,962), Johor 1,045 (1,144), Sabah 1,002 (1,035) dan Kedah 1,511 (1,389). Perlis pula mula menunjukkan peningkatan kes selama empat hari berturut-turut bermula Khamis 10 kes, Jumaat 13, semalam 16 dan hari ini 21 berbanding 27 dan 28 Julai hanya dua dan tiga kes. Secara keseluruhan semua negeri mencatatkan kes baharu sama ada kurang atau bertambah  berbanding semalam yang membawa kepada jumlah kes seluruh negara sebanyak 17,786. Enam negeri merekodkan…

Read More

Kes import ke-196 Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 31 Julai – Satu lagi kes import, yang ke-196 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di  Brunei Darussalam meningkat kepada 337 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, kes 337, itu melibatkan seorang wanita, berumur 17 tahun, yang tiba dari Manila pada 18 Julai 2021. Beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan penyiasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tiga kontak terdekat bagi kes ini. Sementara itu, satu kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan, manakala yang selebihnya dalam keadaan yang baik. Kementerian…

Read More

8,735 kes baharu di Filipina

MANILA 1 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,735 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,597,689. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini adalah 127 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 28,016 kematian. Bagi kes sembuh pula sebanyak 94.3 peratus atau 1,506,027 orang daripada keseluruhan kes dilaporkan pulih termasuk 5,930 yang sembuh hari ini. Sementara itu kes aktif pula 63,646 orang.

Read More