121 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 1 Ogos – Singapura melaporkan 121 kes baharu yang melibatkan 113 kes tempatan dan lapan kes import menjadikan jumlah keseluruhan 65,102 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan,, sebanyak 38 jangkitan tempatan tiada hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 70 jangkitan yang berhubung kait dengan kes sebelumnya telah dikuarantin, manakala lima kes yang ada hubung kait dikesan menerusi ujian pengawasan.

Dalam kalangan kes baharu itu, tujuh yang berusia lebih 70 tahun tidak divaksinasi atau baru menerima suntikan dos pertama, dan berisiko menghidap penyakit serius,

Sementara itu bagi kes import, semuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di sini.

Satu kes dikesan sebaik tiba di sini manakala tujuh lagi semasa tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment