Perlis tunjuk peningkatan kes harian

PUTRAJAYA 1 Ogos – Lima negeri mengekalkan angka harian empat digit kes Covid-19 didahului Selangor 6,326 (semalam 6,400) , Kuala Lumpur 2,086 (1,962), Johor 1,045 (1,144), Sabah 1,002 (1,035) dan Kedah 1,511 (1,389).

Perlis pula mula menunjukkan peningkatan kes selama empat hari berturut-turut bermula Khamis 10 kes, Jumaat 13, semalam 16 dan hari ini 21 berbanding 27 dan 28 Julai hanya dua dan tiga kes.

Secara keseluruhan semua negeri mencatatkan kes baharu sama ada kurang atau bertambah  berbanding semalam yang membawa kepada jumlah kes seluruh negara sebanyak 17,786.

Enam negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Negeri Sembilan  809 berbanding 929 semalam, Pulau Pinang 752 (713), Perak 693 (775), Melaka 686 (697), Pahang 676 (653) dan Sarawak 578 (485).

Sementara itu Kelantan merekodkan 459 (580), Terengganu 429 (883), Putrajaya 72 (116) dan Wilayah Persekutuan Labuan 5 (9).

Related posts

Leave a Comment