Trend penurunan kes di Indonesia

JAKARTA 1 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan trend penurunan sejak bberapa hari lalu dengan jumlah kes harian terkini yang direkodkan sebanyak 30,738 berbanding 37,284 semalam.

Untuk rekod, Indonesia pada 28 Julai mencatatkan 47,791 dan hari berikutnya 43,479, dan kemudian 41,168 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 3.440.396.

Bagi kes kematian pula, terdapat 1.604 pesakit meninggal dunia dan kumulatifnya mencapai 95.723 kasus (2,8%).

Jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan jumlah kes 39.446 menjadikan jumlah keseluruhan 2.809.538..

Sementara itu, penerima vaksin pertama terus bertambah dan hari ini sebanyak 251.654 orang dengan jumlah melebihi 47 juta orang atau 47.478.168 orang. Jumlah penerima vaksinasi kedua juga meningkat melebihi 20 juta  atau 20.673.079 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 138.256 orang..

Related posts

Leave a Comment