Saudi catat 1,084 kes

RIYADH 1 Ogos – Arab Saudi merekodkan 1,084 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian 12 orang.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi kini 526,814 dengan jumlah kematian pula 8,249 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,285 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif pulih 507,374.

Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 235 diikuti Makkah 207, Timur 154, dan  Al Qassim 107 

Terdapat 11,191 kes aktif dilaporkan dan 1,403 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment