8,735 kes baharu di Filipina

MANILA 1 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,735 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,597,689.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini adalah 127 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 28,016 kematian.

Bagi kes sembuh pula sebanyak 94.3 peratus atau 1,506,027 orang daripada

keseluruhan kes dilaporkan pulih termasuk 5,930 yang sembuh hari ini.

Sementara itu kes aktif pula 63,646 orang.

Related posts

Leave a Comment