Kes baharu kekal lepasi 17,000

PUTRAJAYA 1 Ogos – Kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 17,150 kes sekaligus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,130,422 sejak pandemik bermula di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat hanya satu kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 195,273 kes.

Daripada 17,150 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19.

Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Mengenai jumlah korban, sebanyak 160 lagi pertambahan kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini kepada 9,184 kes.

Selangor merekodkan 55 kematian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (25) masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan kes di Pahang, tujuh di Sabah, enam di Pulau Pinang, masing-masing empat di Kelantan dan Perak, serta tiga di Terengganu.  

Selain itu Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat sebanyak 1,059 kes dan daripada jumlah itu, 531 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 925,965 kes termasuk dengan jumlah kes pulih baharu sebanyak 11,326 kes hari ini.

Related posts

Leave a Comment