Kes baharu UK turun

BRITAIN yang memansuhkan banyak sekatan pergerakan sejak 19 Julai melaporkan penurunan jumlah kes Covid-19 enam hari berturut-turut, daripada 29,173 pada Ahad (25 Julai) kepada 24,950 pada Isnin.

Jumlah kes baharu dalam tempoh seminggu yang lalu, iaitu lebih satu perempat juta, adalah lebih rendah daripada minggu sebelumnya.

Ini memberi petanda bahawa lonjakan jangkitan baharu yang disebabkan penularan varian Delta mungkin telah mencapai puncaknya.

Britain menjadi perhatian pakar kesihatan dan pasaran kewangan sejak kebanyakan sekatan pergerakan dimansuhkan di England pada 19 Julai.

Kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson menilai bahawa risiko gelombang besar kematian atau kemasukan ke hospital adalah rendah disebabkan kadar vaksinasi tinggi walaupun tidak sepenuhnya menghentikan jangkitan baharu.

Data pada Isnin menunjukkan 14 kematian baharu, turun daripada 28 kematian pada Ahad, yang merupakan jumlah terendah sejak 12 Julai.

Terdapat 445 kematian dalam tujuh hari terakhir, 50 peratus lebih banyak daripada minggu sebelumnya.

Kira-kira 46.589 juta orang di United Kingdom telah menerima satu dos vaksin dan 37.287 juta, atau lebih 70 peratus populasi dewasa, telah melengkapkan  suntikan vaksin.

Related posts

Leave a Comment