China suntik 1.53 bilion dos

LEBIH 3.87 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin didahului China kini dengan lebih 1.53 bilion dos.

Data Johns Hopkins University menunjukkan India merekodkan 435 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak lebih 341 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, Jepun lebih 77 juta dos dan Perancis lebih 69 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 60.48 juta dos diikuti

Malaysia dan Filipina lebih 17 juta dos,  Thailand lebih 15 juta dos dan

Singapura dengan lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment