Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 26 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan dengan kadar 1.15 pada Ahad berbanding 1.11 pada hari  sebelumnya.

Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.36, diikuti Kedah 1.26, Sabah 1.24, Pulau Pinang 1.23, Kelantan 1.22, Johor 1.20, Perak 1.19, Selangor 1.16.

Kuala Lumpur dan Pahang masing-maaing 1.13, Putrajaya 1.12, Melaka 1.06, Negeri Sembilan 1.03, Sarawak 1.02, Labuan 0.70.

Perlis pula merekodkan 10 kes

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment