3.84 bilion dos didaftar

LEBIH 3.84 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad, 25 Julai.

Data Johns Hopkins University menunjukkan China mendahului dengan lebih 1.53 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 433 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 340 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, Jepun lebih 73 juta dos dan Perancis lebih 68 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, Malaysia mencatat lebih 17 juta dan Filipina lebih 16 juta dos.

Thailand kini lebih 15 juta dos dan Singapura lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment