Produk Muslim : Kempen, Boikot atau Sabotaj?

SEMALAM berpeluang mengunjungi hari terakhir Minggu Usahawan Nasional (MUN) di Serdang. Secara ringkas, MUN menghimpunkan lebih 3,000 usahawan tempatan. Apa yang dapat dilihat, rata-rata yang mengambil bahagian adalah bumiputera atau orang Melayu Islam. Begitu juga pengunjung, kebanyakannya muka Melayu. Mungkin kerana tumpuan utama MUN 2019 adalah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Kebanyakan di daerah adalah pengusaha industri kecil Melayu.

Program ini memberi fokus kepada usahawan SDSI dari seluruh negara merangkumi lima kluster utama iaitu makanan dan minuman, inovasi, inap desa, kraf tangan serta kesihatan dan penjagaan diri. Tidak sempat memasuki semua dewan pameran tetapi keseluruhannya, memang banyak produk yang dihasilkan oleh bumiputera terutama berkaitan makanan.

Berita penuh: http://bebasnews.my/2019/09/02/produk-muslim-kempen-boikot-atau-sabotaj/

Related posts

Leave a Comment