11 negeri lepasi purata kebangsaan

PUTRAJAYA 25 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan aliran peningkatan dengan 1.11 pada Sabtu berbanding 1.09 pada hari sebelumnya.

Sama seperti semalam, 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Terengganu yang mencatat kadar tertinggi 1.36.

Ini diikuti Kelantan 1.29, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 1.23, Sabah 1.21 dan Johor 1.19.

Turut mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan adalah Putrajaya 1.17, Pahang 1.15, Selangor 1.15, Kuala Lumpur 1.13  dan Perak 1.13.

Beberapa negeri pula mencatat di bawah purata kebangsaan iaitu Melaka 1.05, Negeri Sembilan 1.03, Sarawak 1.00 dan Labuan 0.69.

Sementara Perlis pula merekodkan tujuh kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment