Brunei Darussalam catat 321 kes

BANDAR SERI BEGAWAN 25 Julai – Lapan lagi kes import dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 321.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes 314 dan 315 tiba ke negara ini dari Indonesia melalui Singapura pada 11 Julai dengan menaiki penerbangan SQ146.

Kes 314 ialah seorang wanita berumur 35 tahun dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan manakala kes 315 juga wanita  berumur 27 tahun dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan.

Sementara itu, kes 316 hingga kes 321 telah tiba di Brunei Darussalam pada 18 Julai 2021 dari Jakarta dengan menaiki Penerbangan Diraja Brunei BI736 iaitu penerbangan yang sama dengan Kes 312.

Kes 316, seorang lelaki, berumur 43 tahun; kes 317, lelaki, berumur 22 tahun; kes 318 wanita berumur 44 tahun dan kes 319, lelaki, berumur 35 tahun.

Manakala, kes 320 ialah seorang lelaki berumur 45 tahun yang mengalami simptom batuk sejak 20 Julai 2021 dan kes 321 seorang lelaki berumur 40 tahun dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan.

Pengesanan kontak mendapati 10 kontak terdekat bagi kedua-kedua kes ini iaitu mereka yang tiba ke negara ini bersama-sama dengan kedua-dua kes tersebut.

Kesemua mereka dikesan semasa sedang berada dalam kuarantin.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, Brunei Darussalam mencatatkan 444 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Sebanyak 49 kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemua kes yang sedang dirawat di pusat pengasingan tersebut adalah dalam keadaan yang baik. Jumlah keseluruhan kes  sembuh setakat ini seramai 269 orang.

Ketika ini, seramai 773 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara 22,326 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Mengenai status vaksinasi, seramai 571 menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 23 Julai manakala 119,721 (26.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 22,293 iaitu sekitar 4.9 peratus pula menerima dua dos suntikan vaksin manakala 20,089 warga emas menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Related posts

Leave a Comment