Singapura jangka lebih banyak kes

SINGAPURA 24 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) menjangkakan lebih banyak kes Covid-19 dalam tempoh beberapa hari akan datang ketika usaha ditingkatkan untuk mengesan jangkitan bagi mengekang penularan dalam masyarakat

Menurut MoH, jumlah keseluruhan kes baharu dalam masyarakat telah meningkat kepada 961 kes pada minggu lalu daripada 178 kes minggu sebelumnya.

Jumlah kes yang tidak berhubung kait dalam masyarakat juga meningkat kepada 97 kes minggu lalu berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 447 pesakit kini dirawat di hospital, dengan kebanyakannya dalam keadaan baik dan dalam pemantauan.

Dalam kenyataan malam tadi, MoH memaklumkan terdapat 11 kes serius yang memerlukan sokongan oksigen, dan dua  dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Daripada 13 kes itu tiada seorang pun yang telah lengkap divaksinasi dan 11 orang berusia 60 tahun ke atas, yang tidak menerima suntikan vaksin atau belum lengkap divaksinasi, telah jatuh sakit.

Sepanjang 28 hari lalu, 10 kes tempatan memerlukan bantuan oksigen, dimasukkan ke unit jagaan rapi atau meninggal dunia. Lapan daripada mereka belum menerima suntikan vaksin, dua belum selesai divaksinasi dan tidak seorang pun daripada mereka yang sudah mendapatkan vaksinasi penuh.

Mengenai vaksinasi, setakat 22 Julai, sebanyak 6,978,317 dos vaksin Covid-19 disuntik yang melibatkan 4,201,110 individu di samping 76,411 dos vaksin Sinovac yang meliputi 65,877 individu.. 

Related posts

Leave a Comment