Dunia suntik lebih 3.77 bilion dos

LEBIH 3.77 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Jumaat, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China terus mendahului dengan lebih 1.5 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India 423 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 338 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 100 juta dos, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, Jepun lebih 73 juta dos dan Perancis lebih 68 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Lebih 16 juta dos didaftarkan di Malaysia manakala Filipina dan Thailand lebih 15 juta dan Singapura di tangga kelima dengan lebih 6.8 juta dos.

Related posts

Leave a Comment