Kadar kebolehjangkitan 1.09

PUTRAJAYA 22 Julai – Kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan dengan kadar 1.09 berbanding 1.12 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.31, Kedah 1.25, Sabah 1.21,  Pulau Pinang 1.21, Johor 1.20, Pahang 1.19, Putrajaya 1.18, Kelantan 1.18, Selangor 1.15, Perak 1.12, Negeri Sembilan 1.10 dan Melaka 1.10.

Kuala Lumpur pula mencatatkan 1.07 don, Sarawak 0.95 dan Labuan 0.73

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan adalah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment