Lebih 3.7 bilion dos didaftar

LEBIH 3.7 bilion dos vaksin Covid-19 telah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini 22 Julai 2021, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China masih mendahului dengan lebih 1.47 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan,  diikuti India dengan 415 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 338 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun pula merekodkan 73 juta dos dan Perancis lebih 65 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 59 juta diikuti Filipina dan Malaysia lebih 15 juta dos,

Thailand merekodkan lebih 14 juta dos, dan Singapura dengan lebih enam juta dos.

Related posts

Leave a Comment