Thailand bangunkan vaksin Subunit

BANGKOK 21 Julai  – Thailand sedang membangunkan tiga vaksin Covid-19 termasuk menggunakan RNA messenger (mRNA), yang dijangka siap digunakan menjelang tahun depan.

Vaksin CU-Cov19 (mRNA), dibangunkan Universiti Chulalongkorn dan Universiti Pennsylvania, HXP-GPO Vac (tidak aktif) oleh Pertubuhan Parmaseutikal Kerajaan, Universiti Mahidol dan Program for Appropriate Technology in Health (PATH) Amerika Syarikat.

Institut and Baiya SARS-CoV-2 VAX1 (vaksin subunit berasaskan tumbuhan) dihasilkan oleh Baiya Phytopharm Co., Ltd dan Universiti Chulalongkorn. 

Sementara itu Timbalan Jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata, vaksin yang berasal dari protein tumbuhan, atau vaksin subunit, yang menggunakan teknologi yang sama dengan Novavax, dijangka siap beberapa minggu lagi.

Vaksin subunit menunjukkan satu atau lebih antigen ke sistem imun tanpa memperkenalkan zarah patogen, keseluruhan atau sebaliknya.

Syarikat akan menghantar dokumentasi tersebut kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand  untuk meminta pemeriksaan di kilang, dan dijangka memulakan pengeluaran vaksin dalam beberapa minggu ke depan.

Ia akan menjalani ujian awal kepada manusia pada September seperti yang dirancang.

Pasukan penyelidik akan mencari kira-kira 100 sukarelawan pada bulan Ogos, yang berada dalam keadaan sihat, berusia antara 18-55 tahun dan 65-75 tahun.

Setelah vaksin melalui proses ini dengan jayanya, vaksin ini diharap dapat digunakan pada pertengahan tahun 2022.

Setakat ini, FDA Thailand telah meluluskan enam vaksin Covid-19 iaitu Sinovac, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Moderna, Sinopharm dan Pfizer-BioNTec.

Bagaimanapun , hanya tiga vaksin digunakan iaitu – Sinovac, Sinopharm (kedua-duanya vaksin virus tidak aktif) dan AstraZeneca (vaksin jenis vektor virus) – belum ada vaksin mRNA yang digunakan. 

Thailand hari ini menandatangani kontrak pemerolehan 20 juta lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Dalam satu kenyataan, Pfizer dan BioNTech berkata vaksin mRNA itu dijangka tiba pada suku keempat tahun ini.

“Kami amat gembira selepas menandatangani perjanjian penting ini dengan  Kerajaan Thailand sebagai sebahagian komitmen bersama untuk terlibat dalam usaha negara ini membendung jangkitan COVID-19,” kata Pengurus Pfizer (Thailand) Ltd. dan Indochina, Deborah Seifert.

Related posts

Leave a Comment