Angka cecah 1.27 juta

ANGKA jangkitan Covid-19 seluruh dunia mencecah 1.26 juta dengan empat buah negara melepasi angka 100,000 kes positif.

Sehingga pukul 6 pagi waktu tempatan hari ini, Amerika Syarikat mendahului dengan 331,234, diikuti Sepanyol (130,854), Itali  (128,948) dan Jerman mencatatkan 100,024.

Bagaimanapun sehingga 10 pagi ini, angka  itu meningkat kepada 1.27 juta.

Jumlah jangkitan seluruh dunia hanya mengambil masa selama tiga hari untuk pertambahan sebanyak 263,000 kes apabila keseluruhan jangkitan melepasi angka 1 juta pada, Jumaat lalu.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, Perancis mempunyai 93,755 kes positif Covid-19 dan dijangka melepasi angka 100,000 dalam masa beberapa hari lagi.

Dalam pada itu, angka kematian akibat pandemik ini telah mencecah hampir 70,000 mangsa di seluruh dunia dengan keseluruhan 68,413 kematian.

Itali masih kekal menjadi menjadi negara paling teruk mencatatkan kes kematian dengan jumlah 15,887 kes diikuti Sepanyol merekodkan 12,518 kematian manakala Amerika Syarikat dengan 9,458 kematian.

Sementara Perancis dan United Kingdom berada di kedudukan keempat dan kelima dengan masing-masing mencatatkan 12,518 dan 8,078 kematian.

Negara di mana bermulanya wabak ini pada awal Disember lepas, China kini tidak lagi berada pada

lima negara teratas dalam kes positif dan juga jumlah kematian akibat Covid-19.

Kebanyakan kes baharu di China juga kini hanya melibatkan kes import dan kebanyakan kawasan di negara Tembok Besar itu kini sekatannya telah beransur-ansur longgar.

Walaupun dengan jumlah kes positif dan kematian yang tinggi di seluruh dunia, namun terdapat 258,588 kes pesakit Covid-19 yang telah sembuh setakat ini.

Related posts

Leave a Comment