Wukuf berjalan lancar

IBADAH wukuf di Arafah berjalan lancar dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada.

Di sebalik penularan Covid-19 yang melanda dunia, seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah itu di tanah suci tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung dari Masjid Namirah di Arafah

Khutbah dilaksanakan menerusi pematuhan ketat SOP yang disampaikan Imam Masjidilharam, Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Baleelah.

Khutbah itu turut diterjemahkan kepada 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Selain itu, khutbah terbabit diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Cina, Turki, Hausa dan Benggali.

Hari Arafah pada 9 Zulhijjah adalah hari bagi jemaah haji berkumpul untuk berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Related posts

Leave a Comment