Thailand kekal 11,000 kes harian

BANGKOK 20 Julai – Tiga hari berturut-turut, Thailand merekodkan lebih 11,000 kes jangkitan harian Covid-19 dengan jumlah terkini hari ini sebanyak 11,305 berbanding 11,397 pada 18 Julai dan 11,784 semalam.

Pada masa yang sama 80 pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 81 kematian semalam dan 101 pada 18 Julai lalu.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand adalah sebanyak 426,475 sejak pandemik bermula awal tahun lalu dan 397,612 kes jika diambil kira bermulanya gelombang ketiga pada 1 April lalu.

Jumlah kematian pula 3,502 orang sejak permulaan pandemik dan 3,408 sejak gelombang ketiga.

Daripada 11,305 kes, sebanyak 11,291 adalah kes tempatan termasuk 595 banduan dan selebihnya 14 kes import.

Bangkok mencatatkan kes jangkitan dan kematian tertinggi berbanding wilayah lain iaitu 2,764 kes dan 41 kematian.

Secara keseluruhan kematian yang direkodkan hari ini melibatkan pesakit berusia 14 hingga 94 tahun, iaitu 76 warga Thai, dua Myanmar dan bakinya p dari Laos dan Perancis.

Kes import pula adalah lapan dari Myanmar, tiga dari Malaysia, dua dari Emiriyah Arab Bersatu dan seorang dari Indonesia.

Sementara itu, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh setakat ini adalah 296,208 orang termasuk 6,557 orang yang pulih hari ini manakala 126,765 sedang menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment