195 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 20 Julai – Kes terus meningkat. Setakat tengah hari  ini Singapura melaporkan 182 kes jangkitan tempatan dan 13 kes import Covid-19 dengan 135 kes berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong.

Menurut Kementerian Kesihatan, 12 lagi kes dikesan dalam kluster KTV, menjadikan jumlah kes dalam kluster tersebut sebanyak 205.

Ini merupakan kes tertinggi selepas 172 kes direkodkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura meningkat kepada 63,440 kes..

Setakat ini kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/ Pasar & Pusat Penjaja Hong Lim adalah kluster aktif terbesar, dengan 314 kes.

Di samping itu  terdapat  13 jangkitan import, yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di sini.

Sebanyak enam kes dikesan semasa tiba di Singapura, sementara tujuh lagi sakit semasa dalam tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment