Solat dihad, tiada korban di Sarawak

KUCHING 18 Julai – Solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dihadkan kepada bilangan jemaah mengikut kategori masjid dan surau manakala ibadah korban dan ziarah tidak dibenarkan.

Bagi Masjid Jamek Negeri, had jemaah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 500 orang manakala masjid di peringkat bahagian, daerah serta daerah kecil, jemaah dibenarkan adalah tidak melebihi 150 orang manakala di surau tidak lebih 70 orang.

Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan memaklumkan had jemaah  adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan.

MIS turut mengingatkan jemaah supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengimbas suhu badan ketika memasuki masjid.

“Bagi mereka di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat sunat Aidiladha di masjid atau surau tidak dibenarkan,” menurut MIS.

Related posts

Leave a Comment