Menteri Kesihatan UK positif

MENTERI Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian saringan kedua.

Beliau yang bertanggungjawab atas pengurusan Covid-19 di negara itu juga memberitahu, simptom yang dialami adalah gejala ringan.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter rasminya, Javid memaklumkan sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Justeru beliau menggesa agar rakyat Britain yang masih belum menerima suntikan vaksin untuk segera mendapatkannya.

Vaksin jelas beliau mampu melindungi rakyat secara keseluruhannya selain meringankan beban sistem kesihatan awam.

Javid sebelum ini mengambil alih tugas di Kementerian Kesihatan daripada Matt Hancock yang meletak jawatan berikutan tindak tanduknya yang dianggap melanggar SOP.

Related posts

Leave a Comment