PUTRAJAYA 18 Jun – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia mencatatkan penurunan untuk hari kedua berturut-turut dengan kadar 1.18 berbanding 1.19, pada hari sebelumnya.
Bagaimanapun lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan manakala satu negeri, Pulau Pinang 1.18.
Terengganu catat kadar tertinggi dengan 1.31, diikuti Putrajaya 1.26, Kedah 1.25,
Kuala Lumpur 1.19 dan Negeri Sembilan 1.19.
Selangor, Perak dan Melaka masing-masing merekodkan 1.17, Sabah 1.15, Kelantan 1.13, Pahang 1.11, Johor 1.10,
Sarawak dan Labuan catat kadar di bawah 1.0, iaitu masing-masing 0.94 dan 0.74 sementara Perlis rekodkan satu kes baharu.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
