Jemaah bersedia tunaikan haji

MAKKAH: Jemaah dari seluruh Arab Saudi tiba di Kota Suci Makkah, bagi menunaikan ibadah haji yang kali kedua berlangsung ketika pandemik Covid-19.

Susulan ancaman wabak itu, bilangan jemaah tahun ini turut dikurangkan, dengan hanya penduduk yang sudah menerima suntikan imunisasi lengkap boleh memohon dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji.

Kerajaan Arab Saudi mengambil  pelbagai langkah keselamatan kesihatan bagi mengelak sebarang penularan Covid-19 direkodkan sepanjang tempoh lima hari ibadah itu berlangsung.

Begitu juga dengan persediaan perkhidmatan sepanjang ibadah itu di mana kali ini kad pintar digunakan bagi memudah dan melancarkan urusan jemaah.

Tahun ini, hanya 60,000 penduduk di Arab Saudi dibenar menunaikan haji, iaitu jumlah jemaah yang lebih ramai berbanding tahun lalu tetapi jauh merosot berbanding ketika keadaan normal.

Pada 2019, kira-kira 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji.

Related posts

Leave a Comment