3.59 bilion dos sudah didaftar

LEBIH 3.59 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan dengan China mendahului dengan lebih 1.43 bilion dos vaksin.

Setakat pagi ini, 18 Julai, Data  Johns Hopkins University, menunjukkan setakat pagi ini, 18 Julai, sebanyak 3,595,074,954 dos telah didaftarkan.

India merekodkan 399 juta dos, Amerika Syarikat (AS), 335 juta dos dan Brazil lebih 100 juta.

United Kingdom dan Jerman merekodkan lebih 84 juta dos, Jepun  66 juta dos sementara Perancis 63 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia terus mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan setakat ini 57 juta, manakala Filipina, Thailand dan Malaysia mencatatkan angka melebihi 14 juta dos, dan Singapura lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment