Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 16 Julai – Selangor masih merekodkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi hari ini walaupun jumlahnya turun sedikit manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan berbanding semalam.

Daripada 12,541 kes harian peringkat negara yang direkodkan hari ini, Selangor menyumbangkan 5,512 kes berbanding 6,120 semalam diikuti Kuala Lumpur 1,542 berbanding 1,499 dan Negeri Sembilan 1,619 berbanding 1,603 semalam.

Johor merekodkan 609 kes berbanding 599 semalam diikuti Melaka 575 (484), semalam, Sarawak 423 (363), Kelantan 225 (255), Terengganu 102 (70), Wilayah Persekutuan Putrajaya 62 (53) dan Perlis 7 (3).

Sementara itu, Kedah merekodkan 458 kes kurang sedikit berbanding 695 semalam, Pahang 382 (222),  Pulau Pinang 376 (509), Sabah 326 (370), Perak 299 (344) dan Labuan 24 (26).

Related posts

Leave a Comment