Dos harian tertinggi 460,158

PUTRAJAYA 16 Julai  – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 13,107,716 dos.

Jumlah tertinggi sebelum ini untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari adalah 434,828 dos pada 14 Julai.

Related posts

Leave a Comment