Exco Melaka sertai senarai akhir 25 ahli MKT

KUALA LUMPUR 19 Mac – Kedudukan terkini dan rasmi selepas empat bahagian terakhir menyerahkan keputusan Pemilihan UMNO 2023-2026 menyaksikan kemasukan Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)

Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Mas yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memperoleh 91 undi berbanding sebelum itu 88 undi di tangga ke-27 di belakang Jalaluddin Alias (89) dan Suraya Yaacob (89).

Berikutan itu, Suraya yang juga ADUN Sungai Tiang gagal mempertahankan kerusi ahli MKT dan terkeluar dari senarai 25 calon yang terpilih sebelum keputusan rasmi dikeluarkan ibu pejabat parti.

Keputusan rasmi juga menunjukkan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail memperoleh tiga undi tambahan bagi jawatan Naib Presiden sekaligus mengisi jawatan yang dikosongkan Ismail Sabri Yaakob juga dari Pahang.

Wan Rosdy satu-satunya Menteri Besar UMNO yang menawarkan diri untuk jawatan itu memperoleh 127 undi berbanding 124 sebelumnya.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi mendapat dua undi tambahan bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO itu dengan memperoleh 116 undi.

Muka baharu,  Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa memperoleh 110 undi, iaitu tambahan berbanding 107 undi.

Sementara itu, bekas Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan adalah antara tiga wanita yang terpilih dalam senarai 25 calon yang mendapat tempat bagi jawatan Ahli MKT pada pemilihan semalam.

Turut tersenarai adalah bekas Exco Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

Mendahului senarai anggota MKT adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Dr Shamsul Anuar Nasarah dengan 178 undi dan Menteri Luar Negeri Dr Zambry Abdul Kadir (175).

Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berada di kedudukan ketiga dengan 167 undi, jumlah sama yang diperoleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku  Zafrul Abdul Aziz (164).

Walaupun mendapat undi yang sama, kedudukan mengikut susunan turut dipengaruhi undi popular.

Berikut keputusan rasmi Pemilihan UMNO 2023-2026

PENGERUSI TETAP

1. Tan Sri Badruddin Amiruldin 178

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah 127

NAIB PRESIDEN

1. Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail 127

2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin 116

3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani 110

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI

1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah 178

2. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 175

3. Datuk Seri Ahmad Maslan 167

4. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz 167

5. Datuk Seri Bung Moktar Radin 160

6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 152

7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 151

8. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin 129

9. Datuk Azian Osman 124

10. Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad 118

11. Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin 118

12. Datuk Zahida Zarik Khan 113

13. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii 113

14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin 111

15. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 110

16. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi 108

17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 106

18. Datuk Johan Abd Aziz 102

19.  Isham Jalil 101

20.  Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan 99

21. Datuk Lokman Noor Adam 97

22. Datuk Seri Dr Ahmad Said 96

23. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin 94

24. Datuk Mohd Rafi Alli Hassan 93

25. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman 91

Related posts

Leave a Comment