Perancis guna pas khas Covid-19

PARIS : Perancis akan mewajibkan penggunaan pas khas Covid-19 untuk sesiapa sahaja yang ingin memasuki restoran, pusat membeli-belah, hospital, menaiki kereta api atau kapal terbang, kata Presidennya Emmanuel Macron.

Katanya, individu yang memohon pas khas ini perlu mempunyai bukti mereka lengkap divaksin atau negatif untuk ujian saringan atau mempunyai bukti mereka sudah pulih dari virus Covid-19.

Penggunaan pas khas Covid-19 itu juga diperluaskan untuk kawasan terbuka bermula 21 Julai ini yang akan membenarkan aktiviti berkumpulan melebihi 50 orang di venue acara kebudayaan serta santai.

Dalam ucapannya melalui televisyen, Macron juga menggesa semua pekerja penjagaan kesihatan di Perancis untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 menjelang 15 September ini bagi melindungi diri daripada virus itu.

Katanya, semua orang perlu mendapatkan vaksin secepat mungkin, untuk melawan jangkitan semula yang boleh mengancam pemulihan ekonomi negara .

“Semakin banyak kita melakukan vaksinasi, semakin sedikit ruang yang kita tinggalkan untuk menyebarkan virus ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment