Jumlah kes di Brunei 309

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Julai – Setakat semalam Brunei Darussalam merekodkan 309 kes jangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu 168 adalah kes import.

Terakhir Brunei melaporkan empat kes import pada 20 Julai lalu yang melibatkan ketibaan warganegara Indonesia dan Filipina.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kes 306 hingga 308 yang dilaporkan semuanya tiba dari Singapura melalui kapal laut pada 9 Julai 2021 dan pengesanan kontak mendapati 15 kontak terdekat bagi kes-kes ini.

Kes 306 ialah seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 43 tahun, Kes 307 seorang lelaki warganegara Filipina berumur 47 tahun dan Kes 308 seorang lelaki warganegara Filipina berumur 35 tahun.

Sementara itu, Kes 309 ialah seorang perempuan warganegara Filipina berumur 42 tahun yang tiba ke negara ini dari Manila pada 7 Julai 2021.

Kesemua kes baharu ini telah dikesan semasa mereka sedang berada dalam kuarantin.

Related posts

Leave a Comment