Tempahan ruang solat Aidiladha

SEBANYAK 66 masjid termasuk 19 ‘Masjid Selamat’ di Singapura akan menawarkan ruang solat Hari Raya Aidiladha tahun ini kepada 18,180 individu yang berjaya.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS),  tempahan ruang solat itu boleh dibuat pada Jumaat, 16 Julai mulai pukul 9 pagi bagi 19 ‘Masjid Selamat’.

Bagi 47 masjid lain, tempahan boleh dibuat mulai pukul 11 pagi hari yang sama.

Kebanyakan masjid akan menyediakan tiga sesi solat, iaitu 7.30 – 8.10 pagi, diikuti 8.40 – 9.20 pagi dan 9.50 – 10.30 pagi.

Setiap sesi terhad kepada 50 jemaah sahaja manakala ruang solat untuk muslimah hanya terhad di ‘Masjid Selamat’ sahaja.

Related posts

Leave a Comment