Putrajaya catat kadar tertinggi

PUTRAJAYA 13 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam, 12 Julai untuk seluruh negara adalah 1.14 berbanding 1.15 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Putrajaya terus kekal dengan kadar tertinggi iaitu 1.32 diikuti Terengganu 1.25, Selangor 1.18 dan Kedah dan Pahang masing-masing 1.17.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula 1.13, Melaka 1.12, Pulau Pinang 1.09, Sabah 1.07, Johot 1.04 dan Negeri Sembilan 1.03.

Manakala empat negeri mencatat kadar kebolehjangkitan bawah 1.0 iaitu Perak dan Kelantan 0.98, Labuan 0.89 dan Sarawak 0.86

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini sebelum ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi,  1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment