Pfizer rancang dos ketiga @ booster

PFIZER merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat meluluskan dos vaksin tambahan atau booster (penggalak) pada bulan hadapan berikutan penyebaran varian Delta yang mudah menular.

Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten dalam kenyataannya menjelaskan ia juga berdasarkan bukti terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi setelah enam bulan menerima suntikan.

“Vaksin Pfizer sangat aktif terhadap varian Delta. Tetapi selepas enam bulan, ada kemungkinan wujud risiko jangkitan semula apabila antibodi, seperti diramalkan, semakin berkurang,” katanya.

Menurutnya, penurunan keberkesanan vaksin itu di Israel baru-baru ini adalah berpunca daripada jangkitan pada individu yang telah menerima suntikan dos pada Januari dan Februari.

Kementerian Kesihatan negara itu menyatakan, keberkesanan vaksin dalam mencegah jangkitan dan simptom kronik menurun kepada 64 peratus pada Jun.

Walaupun tahap imuniti seseorang dilaporkan berkurang selepas enam bulan menerima suntikan vaksin, namun Dolsten menegaskan, ia tetap berada pada 95 peratus keberkesanan terhadap simptom kronik.

Vaksin yang dibangunkan bersama syarikat Jerman, BioNTech itu mendakwa, dos penggalak itu akan menghasilkan tahap antibodi lima hingga 10 kali ganda lebih tinggi daripada setelah penerimaan dos kedua.

Dos ketiga juga didakwa akan menawarkan perlindungan tambahan.

Beberapa negara di Eropah berhasrat untuk meluluskan penggunaan dos ini.

Suntikan penggalak ini didakwa sangat penting kepada golongan berusia dan warga emas.

Related posts

Leave a Comment