Olimpik tanpa penonton?

TOKYO 7 Julai – Jepun sedang mempertimbangkan untuk melarang para penyokong daripada menghadiri semua acara Olimpik, pilihan paling kurang berisiko pada pandangan pakar perubatan.

Sebelum ini, pihak penganjur sudahpun melarang penonton dari luar negara dan menetapkan had penonton dalam negara pada 50 peratus, iaitu sehingga 10,000 orang.

Menurut media tempatan,  perbincangan untuk melarang penonton sebahagiannya disebabkan oleh pertimbangan politik.

Ini setelah parti Perdana Menteri Yoshihide Suga gagal mendapatkan undian majoriti dalam pilihan raya bagi perhimpunan Tokyo pada Ahad lalu, antara lain disebabkan rasa tidak puas hati terhadap langkah-langkah Covid-19 yang dilaksanakan.

Isu kehadiran penonton dijangka dimuktamadkan dalam rundingan esok melibatkan gabenor Tokyo dan Presiden IOC Thomas Bach, yang tiba di Jepun esok.

Ditanya tentang isu penonton di sidang media semalam , jurucakap utama pemerintah Katsunobu Kato berkata, Suga sudah mengatakan penganjuran sukan Olimpik tanpa sebarang penonton adalah satu kemungkinan.

Esok, pemerintah Jepun dijangka melanjutkan perintah darurat di Tokyo dan tiga wilayah berhampiran. Perintah berkurung itu sepatutnya berakhir pada 11 Julai, menurut sumber pemerintah.

Ada laporan mengatakan  tempoh yang dilanjutkan itu mungkin berlarutan selama sebulan,  akan dilaksanakan ketika sukan Olimpik berlangsung.

Related posts

Leave a Comment