SEPANG 11 Mei – Bersatu terus melakukan ‘pembersihan’ dalam kalangan wakil rakyatnya apabila memecat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkuat kuasa hari ini. Pada masa yang sama, Lembaga Disiplin parti juga menggantung keahlian parti Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas. Dalam satu notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Mohd Radzi Manan, memaklumkan pemecatan Mohamed Farid dibuat selepas beliau didapati melanggar FASAL 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli. “Lembaga Disiplin bersidang dan memutuskan YB Datuk dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah…
Read MoreDay: May 11, 2026
Komited perjuangan agama, bangsa, tanah air
SEPANG 11 Mei – Selepas lapan dekad, UMNO kekal komited meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air serta mempertahankan asas utama yang membentuk negara ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dasuki. Beliau berkata, sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 di Istana Besar Johor hari ini bukan sekadar mengimbau sejarah perjuangan lampau, tetapi peringatan bahawa kekuatan sesebuah bangsa terletak pada kesatuan rakyat, kestabilan negara dan kesetiaan kepada institusi Raja Melayu sebagai payung negara. Dalam kenyataannya, beliau berkata Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung di Johor Bahru turut…
Read MoreBerita pilihan…
Konflik AS-Iran dijangka berterusan
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan syarat yang dikemukakan Iran bagi menamatkan konflik di Asia Barat sebagai “sama sekali tidak boleh diterima”. Pendirian itu sekali gus meningkatkan kemungkinan konflik bersenjata kembali tercetus selepas rundingan berminggu-minggu. Terdahulu, Iran memberikan maklum balas cadangan rundingan damai terbaru Washington, namun dalam masa sama memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk membalas sebarang serangan baharu AS atau membenarkan kehadiran lebih banyak kapal perang asing di Selat Hormuz. Trump menerusi hantaran ringkas di platform X Truth Social menegaskan pendiriannya untuk menolak tawaran berkenaan. “Saya…
Read MoreModi minta kurangkan guna petrol, diesel
BENGALURU – Akibat konflik berterusan di Asia Barat, Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa rakyatnya mengurangkan penggunaan petrol dan diesel susulan gangguan bekalan. Beliau menyarankan penduduk yang mempunyai kemudahan laluan metro di kawasan mereka dapat memanfaatkan pengangkutan itu dan berkongsi kenderaan jika perlu menggunakan kereta. Berucap dalam satu perhimpunan di Telangana, selatan India, semalam, beliau berkata, penjimatan penggunaan bahan api juga penting bagi menjimatkan pertukaran mata wang asing yang digunakan untuk import bahan api. “Kita juga perlu memberi penekanan serius terhadap penjimatan pertukaran asing kerana harga petrol dan diesel kini…
Read More