Korea Selatan ambil langkah

SEOUL 7 Julai – Korea Selatan melaporkan lebih daripada 1,200 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi selepas merekodkan 1,240 kes pada 25 Disember lalu ketika gelombang ketiga pandemik.

Perdana Menteri Kim Boo-kyum dalam satu mesyuarat bagi respons Covid-19 hari ini  berkata,  langkah-langkah jarak selamat akan dilanjutkan selama beberapa hari.

Para pegawai juga akan menimbangkan sama ada untuk memperketat peraturan sedia ada ketika negara itu berdepan gelombang keempat pandemik, disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah berjangkit.

Menurut Kim, virus itu menular dengan pantas dalam kalangan individu tidak divaksin yang berusia antara 20an dengan 30an tahun.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya mengambil ujian terlebih dahulu.

Sekitar 30 peratus daripada penduduk Korea Selatan seramai 52 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment