Biden gesa rakyat ambil vaksin

WASHINGTON: Jangan ambil mudah ! Tolong ambil vaksin! Itu sahaja pilihan terbaik untuk  melindungi diri,  keluarga dan orang ramai daripada Covid-19.

Itu gesaan Presiden Joe Biden kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) yang belum divaksinasi untuk mendapatkan suntikan bagi melindungi diri daripada koronavirus.

Dalam ucapannya di White House, Biden memberi amaran, individu yang tidak divaksinasi membahayakan komuniti terutamanya ketika kemunculan varian Delta.

“Perjuangan kita untuk melawan virus ini belum berakhir. Sekarang ketika saya bercakap dengan anda berjuta-juta orang Amerika masih belum divaksinasi dan tidak dilindungi.

“Kerana itu, komuniti mereka berisiko, rakan mereka berisiko, orang yang mereka sayangi berisiko. Ini menjadi kebimbangan yang lebih besar disebabkan varian Delta,” katanya.

Katanya, dalam taklimat hari ini,  membincangkan bagaimana varian Delta bertanggungjawab kepada separuh daripada semua kes di banyak bahagian negara AS.

“Ia lebih mudah disebarkan, berpotensi lebih berbahaya dan semestinya kerana pertimbangan semula,” jelasnya.

Varian Delta, yang menjadi dominan di banyak negara, lebih mudah disebarkan daripada versi koronavirus sebelum ini dan boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk, terutama dalam kalangan orang muda.

Menurut Biden, kajian sejak awal Mei menunjukkan hampir setiap hospital atau kematian Covid-19 di AS adalah antara individu yang tidak diberi vaksin.

Biden berkata, pentadbirannya akan menumpukan musim panas untuk memberi lebih banyak vaksin, termasuk pergi ke rumah di kawasan kejiranan bagi memastikan lebih banyak individu dilindungi daripada virus.

Katanya, 42,000 farmasi tempatan akan berfungsi sebagai tempat vaksin.

Penekanan baharu akan diberikan untuk mendapatkan vaksin kepada doktor keluarga dan penyedia perubatan termasuk mereka yang memberi perkhidmatan kepada orang muda.

Vaksin juga akan disediakan di tempat kerja dan lebih banyak klinik bergerak akan digunakan untuk membantu di festival musim panas, acara sukan dan rumah ibadah.

Related posts

Leave a Comment