Kit ujian air liur siap

KUALA LUMPUR 7 Julai – Institut Kajian Perubatan (IMR) selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kaedah ujian saringan Covid-19 itu mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan panduan pengunaan dan in shaa Allah akan selesai minggu depan,” katanya melalui ciapan di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, Dr. Noor Hisham menyatakan kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covif-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat.

Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.

Dua kit ujian akan diperkenalkan dan dijual di farmasi.

Related posts

Leave a Comment