24.84 juta penduduk lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 16 Nov. – Sebanyak 76.1 peratus atau 24.84 juta individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 78.4 peratus atau 25.61 juta  menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 22.31 juta individu atau 95.3 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.7 peratus atau 22.87 juta mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.53 juta individu atau 80.4 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2.74 juta individu atau 87 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 102,057 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51.32 juta dos.

Related posts

Leave a Comment