Kota Makkah ditutup mulai Isnin

KOTA Suci Makkah ditutup kepada orang ramai mulai Isnin 25 Zulkaedah 1442 kecuali bagi mereka yang mempunyai permit yang sah.

Penutupan itu termasuklah kawasan Masjidilharam, Mina, Arafah dan Muzdalifah sebagai persiapan musim haji sehingga 13 Zulhijah ini.

Mereka yang masuk secara haram ke kawasan berkenaan boleh dikenakan denda sehingga SAR10,000.

Tahun ini hanya 60,000 jemaah haji tempatan sama ada penduduk tetap atau mereka yang tinggal di negara itu dibenarkan mengerjakan Rukun Islam yang kelima itu.

Foto Haramain Sharifain menunjukkan kumpulan terakhir yang mengerjakan umrah sebelum ditutup untuk persiapan musim haji.

Related posts

Leave a Comment