Kadar kebolehjangkitan turun 1.01

PUTRAJAYA 24 Ogos – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 turun lagi semalam kepada 1.01 berbanding sebelumnya 1.03, Ahad dan 1.04 selama lima hari berturut-turut..

Hanya Pahang yang menyamai purata kebangsaan manakala 10 negeri merekodkan kadar melebihi 1.01.

Sarawak mendahului negeri lain dengan merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi purata kebangsaan iaitu pada kadar 1.26

Ini diikuti Perlis 1.25, Sabah 1.19,  Pulau Pinang 1.14, Kelantan 1.10, Kedah 1.08, Perak 1.06, Johor 1.05, Melaka 1.05, dan Terengganu 1.03.

Negeri/wilayah yang mencatat kadar lebih rendah dari purata kebangsaan ialah Selangor 0.96, Kuala Lumpur 0.90, Negeri Sembilan 0.85 dan Putrajaya 0.81..

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya tujuh kes Covid-19 baharu.

Related posts

Leave a Comment